Hai Assalamualaikum,
Harini dah nak dekat 2 bulan start bisnes online. Jual barang barang TROPIKA. Hasil dia not bad la. Janji rajin je. Mula-mula nak stsrt bisnes memang la nervous, berdebar, malu pun ada. Ye lah selama ni mana pernah nak berniaga, tiba-tiba nak berniaga. Segan juga nak promote kat fb sendiri. Rasa macam apa je huhu.
Mula-mula berniaga start jadi dropship. Orang tu tolak harga bapakkk mahal gilo, 1 barang untung rm2 je ek eleh rasa. Tapi sebab fikir takpayah keluar modal, kira tak rugi apa-apa lah. Buat jelahh.
First step, buat instagram baru. Memang khas untum bisnes. Malas nak guna instagram personal sebab taknak capur adukkam bisnes dengan personal gitew. Dah buat akaun tu, edit gambar comel comel.
Second, promotelah sehabis nyaa. Letak macam macam tok nenek hashtag, tapi yang relevan lah.
Lepastu follow seramai umat yang boleh. Sebab aku jual barang baby, target market mestilah mak mak kan. So followla insta mak mak ni sambil mengharapkan diorang follow balik huhu.
Mula-mula tu memang takda apa. Krik-krik je rasa. Hari ketiga rasanya, ada orang whatsapp nak beli, masa tu ecewah gembira kemain. Akhirnyaaaaa. And lepastu hari-hari, Alhamdulillah ada je customer.
Lama-lama jadi dropship ni rasa rugi jugsk untung ciput je. Discuss dengan husband amekla barang. Pinjam duit adik ipar pulak tu malu rasa huu. Tapi sebab tengah semangat tibai jelahh. Alhamdulillah hari-hari ada sales, even profit tak banyak mana tapi okay lah bolehla nak rolling modal.
Setakat ni dah 3 kali restock barang Alhamdulillah. Dropship pun dah amek jugak jangan risau I tolak murah-murah saje hihi.
So, kepada ibu-ibudi luar sana ya g rasa tak yakin, cuba je dulu. Kalau takut rugi, jadi dropship. Tak rugi modal apa pun. Tapi yang paling penting aku rasa niat. Mula-mula niat nak berniaga sebab Allah. Sebab sunnah nabi. Sebab nak tolong family, and orang susah. Harap-harap Tuhan tolong pegangkan niat ni. Lepastu Dhuha jangan tinggal. Bukan sebab nak kaya, cuma nak minta keredhaan Allah dan rahmatNya. InsyaAllah yang lain akan menyusul.