Salam.
Hannah Yasmin dah 4 bulan setengah dah harini. Kejap je masa berlalu. Rasa macam baru je beranak semalam huhu. Hannah setakat ni perkembangan dia, erm Alhamdulillah sihat cuma haritu demam selesema tapi dah baik. Macam macam treatment buat. Mandi air lemon, stim, percussion, sonotron, penyudahnya letak krim herba tropika je atau tropika baby herbal cream yang famous ni. (i pun ada jual hehe).
Hannah setakat ni belum meniarap lagi, dia boleh nak meniarap tapi macam malas nak angkat punggung tu uhuk penat ibu tolak tau. Tapi Hannah semangat nak berdiri tu. Kalau dapat berdiri suka sangat. Lepastu nak jalan ke belakang, bukan ke depan. Alahai anak rebel betul hahaha. Takpela ibu redha je janji Hannah sihat.
Sekarang dah hari kedua puasa, Alhamdulillah even Hannah full df pun ibu tak rasa lapar gilo macam biasa. Itulah Tuhan tolong hamba Dia. Yang penting sahur makan nasi, kurma, susu kambing. Banyak orang share resipi blend susu dgn kurma tapi terima kasih i ni rajin gila pulak nak blend bagai. Kalau makan je kurma dengan susu sama je la dak huhu.
Terawih pun sendiri je kat rumah, takda rezeki lagi terawih jemaah. Takpelah, niat jaga anak pun dapat pahala 😊
Harap harap ibu dapat puasa penuh ya heee.
No comments:
Post a Comment