Showing posts with label DIY. Show all posts
Showing posts with label DIY. Show all posts

Tuesday, 22 December 2015

Tips deko rumah kecil

Hi Assalamualaikum

Zaman sekarang ni, kebanyakan dari kita masih ramai yang duduk di rumah flat, apartmen, kondo, rumah tinggi tinggi lah senang cerita. Rumah macam ni kita tahu keluasannya agak kurang berbanding rumah tanah, tapi redha jelah sebab itu je yang mampu.

TETAPI

Kita masih lagi mampu menghias atau mendeko rumah kita yang comel ni menjadi elegan, asalkan pandai. And di sini I nak share DIY tips or hacks untuk menjimatkan penggunaan ruang dan masih lagi nampak comel tapi realistik.



Kalau rumah ada kitchen kabinet kita boleh buat ruang untuk memotong, and lubang bawah tu terus masuk tong sampah! Bagus kan


Yang ni rasanya ramai yang main taruk je bersepah-sepah kan *saya lah tu tapi kita boleh kemaskan dengan buat macam ni.



Yang ni pun biasa ramai dah buat, letak barang-barang kotak-kotak tak pakai bawah katil, biasa orang letak hadiah kahwin dulu-dulu yang entah bila nak pakai *saya lagi



Sekarang kan dah ramai tukang kayu, kita upah je buat macam ni bagi je ukuran sofa kita tu. Kalau tumpah pun atas tu juga tapi kalau segelasnya tumpah Wallahu Alam lah ye



Yang ni antara favorite I sebab sangat praktikal, instead of cangkuk yang macam biasa tu tempat limited sikit ni boleh sangkut banyak-banyak sikit heee



And ni yang last. Letak meja makan dekat sudut atau tepi dinding, takyahla tiru sebulat bulat letak tepi tingkap okay



So itu je yang boleh share, banyak lagi sebenarnya, I pun tunggu bersalin habis pantang baru nak kerjakan rumah yang comel ni hehe.

Pelamin bajet, DIY atau tempah sahaja?

Hello Assalamualaikum,

22 Februari 2015 telah menjadi saksi pernikahan saya bersama suami tercinta. Persediaan perkahwinan semua saya diy sebab baru habis belajar, banyak masa terluang and nak jimat duit punya pasal.

Persediaan perkahwinan memerlukan banyak sangat perkara, dan yang paling penting ialah, persediaan mental. Jujurlah cakap siapa je yang tak penat nak boleh ke kahwin kan lagi-lagi kita rakyat biasa yang semua kena buat sendiri takda upah upah orang ni.

Untuk pelamin, aku peruntukkan sebanyak dalam RM650 macam tu tapi bila kira-kira balik lebih sebenarnya *nangis. Bagi aku, tak jimat manalah juga bila diy ni memandangkan sekarang ni banyak pakej2 yang murah. Dengan RM550 kau dah dapat pelamin simple mini tapi ini semua terpulang pada individu. Bagi I, semua benda kena I yang buat I tak suka serahkan dekat orang, kena hasil tangan ni jugak tak kira lah cantik ke buruk.

Ada kebaikan dan keburukan juga untuk buat pelamin sendiri ni.

Kebaikannya ialah kau boleh menggunakan sepenuh idea kau untuk pelamin idaman yelah kita semua ada pelamin idaman kan nasib baik pelamin I masih lagi idaman sebab sikit lagi nak pelamin anganku musnah haritu. Selain daripada itu, kau jugak boleh berjimat dan barang-barang pelamin yang kau beli pun boleh diguna pakai konon-konon untuk menghias rumah baru nanti eceh. Ketiga kau takpayah nak fikir-fikir nak jaga habis baik takut aiskrim tumpah ke kucing kencing ke sebab ni harta kau lain lah kau sewa menjawablah dengan owner tu.

Keburukannya pula ialah kau kena berpenat-penat BANYAK sebab nak kena pergi cari barang survey harga perah otak perah keringat, I haritu mujur ada kawan dan keluarga yang sudi membantu kalau tak haru lah nak stapler kain-kain langsir ni semua. Keburukan lain pula ialah akan banyak percanggahan idea dan pendapat WALAUPUN KAU YANG NAK KAHWIN, been there done that Aku sampai bergaduh-gaduh sebab nak macam itu sampai tahap guna ayat 'ni pelamin aku, aku yang nak kahwin' tapi tu pun diendahkan ha kau mampu. Mujur tak musnah sobs. Rasanya tu jela kot.


Inilah rupa pelamin pernikahan dan untuk ambil gambar. Takda bersanding pun sebab both of us decide not to bersanding.

So far I suka sangat pelamin I, ni bukan lah 100 peratus hasil tangan I, ni pun kawan I tolong jugak, Banyak campur tangan berlaku ya nak siapkan pelamin ni, I sampai menangis nangis sebab ada macam macam hal hmm hmm malas nak cerita tapi yang penting hati kena tabah.

So far I sewa beberapa barang maccam kerusi, bunga besar and kain-kain sikit, yang lain semua beli sendiri dengan impian konon nak hias rumah nanti dengan barang-barang pelamin penyudahnya duduk dalam stor semua.

Kesimpulannya, semua ni bergantung kepada bakal pengantin tu sendiri. Ada yang nak jimat masa upah orang je, ada yang suka buat sendiri, ada yang malas nak fikir pun adaa. Akhir kata, tepuk poket sajo lahhh