Showing posts with label Kehamilan. Show all posts
Showing posts with label Kehamilan. Show all posts

Wednesday, 23 December 2015

Review; Tanamera Brown Formulation Body Soap (Sabun badan formulasi coklat)



Hi Assalamualaikum

Hari ini nak share pasal penggunaan Sabun Tanamera ni, yang colour coklat tu. Sabun ni I rasa memang famous dalam kalangan ibu mengandung dan berpantang. Sebab utamanya, sabun ni mampu untuk menghilangkan daki dan mengurangkan tona gelap yang macam dekat ketiak, celah peha, celah pelipat, siku dan celah-celahan lainlah.

Macam ini rupa sabun tu. Sabun ini mengandungi bahan semulajadi seperti kulit kayu manis, akar wangi, temu lawak, beras, air, yang kita tahu memang baik untuk kulit. 

I beli sabun ni pun sebab terpengaruh la sebab mula-mula masa mengandung I perasan my armpit keti tu macam ada garisan gelap, walaupun sebelum ni memang tak cerah mana tapi garisan tu macam makin gelap, celah peha pun sama. Pembawakan budak orang kata. So after I googled, I rasa sabun ini mungkin dapat membantu. So I beli lah dekat kedai dekat Shah Alam ni dengan harga RM17. Ingat nak beli online dapat murah RM15 tapi tak masuk postage lagi pulak so baik beli kat kedai je. 

Selepas penggunaan pertama, dengan semangatnya menggosok menyental my keti ni, habis mandi tengok cermin I rasa memang ada perubahan tapi takdalah nak putih semangat gitu, cuma nampak lah cerah sikit, Sabun ni pun best sebab dia ada biji-biji so rasa macam skrub lah, lepas mandi rasa kulit lembut licin je. 

I start pakai ni masa berapa minggu dah pregnant, my stretchmarks kat perut pun, yang jalur vertical merentasi pusat tu ha kau pun macam pudar jugak la sikit. Perut pun nampak bersih je sebelum ni macam tompok-tompok tona tak sekata, insecure mak. Tapi stretchmarks kat peha dengan punggung ni masih lagi macam tu, ni yang tahap dasyat yang macam merah-merah tu hmm sedih je bila tengok, nak tayang punggung dekat husband pun malu.

Okay so kesimpulannya, sabun ni memang agak berkesan lah tapi jangan lah expect kulit akan jadi putih melepak ke apa semua, tapi dijamin kulit akan jadi lagi bersih dan nampak sihat. 

Ps: sekarang tengah cari produk untuk hilangkan stretchmarks pulakkk

Tuesday, 22 December 2015

Supplemen semulajadi semasa mengandung

Hello Assalamualaikum

Hari ini I nak share lagi, banyak lah share nya sebab baru buat blog kan, supplemen masa mengandung. I sekarang dah 9 bulan dah menanti hari je ni. Tak sabar rasa baby nak keluar. Nama dia dirahsiakan sebab sedap sangat takut orang tiru hehehehehehe poyo

Okay I pengguna yang cerewet, I memang tak ambil ubat kalau sakit and semua nya natural remedy je. Kalau sakit gigi kumur air garam, kalau demam minum air masak banyak-banyak, kalau sakit kepala minum lemon suam, batuk telan madu, ha macam itulah. So masa mengandung ni pun I tak makan vitamin klinik bagi TAPI I make sure I makan dengan sihat dan betul. Memang orang akan pertikai semua itu tapi I tak pertikai pun you all so kita jangan sama-sama pertikailah ea please?

Ok sebelum kita bergaduh jujur I cakap kadang-kadang takut juga anak tak cukup zat ke khasiat ke tapi so far Alhamdulillah semua okay, I okay anak pun okay, takda pelik-pelik, kaki pun jarang cramp, takda penyakit kulit and alahan pun masa mula-mula first trimester tapi tak teruk lah, hb I pun boleh maintain even mula-mula turun jugak. I memang pastikan I makan cukup semua cuma kadang-kadang tu adalah juga ter KFC ke Pizza ke kan huu.

Back to our topic, I amalkan madu, kurma, pati delima, and kekacang. Semua ni kan makanan sunnah and I believe yang ini pun dah cukup, Oh sekali dengan minyak kelapa dara tu tapi I guna untuk sapu and perineum massage sahaja.

Madu yang digunakan ialah madu tualang, madu asli lah ni mak mertua yang bekalkan sebab kalau I tak mampulah nak beli sebotol kurus tu je RM60 dah wuwuwu setakat ni dah 2 botol habis. I amal setiap hari. Biasanya I minum pati delima 2 sudu, lepastu air suam campur madu and lemon segelas. I perasan juga sebelum I amal air suam lemon tu digestion tak best tapi sekarang seronok je kentut pun bunyi semangat sebelum ni terkepit-kepit je, kentut kan tanda kita sihat


Ini madu yang I amalkan rasa dia sedap tak pekat sangat tak cair sangat


Ini pati delima yang famous tu, setakat ni dah 3 ke 4 botol dah tak ingat dah

Selain daripada itu, I minum susu kambing juga jenama Lazz. Tapi ingat nak tukar kot lepas ni minum Mummylicious tu.

Kurma pula I beli kat kedai arab, kurma besar yang kering-kering tu.

Setakat ni Alhamdulillah la I rasa cukup lah ni je lagipun I jenis malas nak konsisten sangat. Oh and biasanya pagi-pagi lepas subuh I amalkan semua ni beserta buah tak kisahla buah apa. Lepas sejam dua baru I breakfast, nak kasi makanan-makanan ni diserap dulu.

Nanti I share macam mana nak naikkan HB pulak okay!


Penjagaan muka semasa mengandung

Hello Assalamualaikum,

Harini I nak share pasal penjagaan muka semasa mengandung. Kadang-kadang masa mengandung orang cakap muka kita akan hilang seri dan ada juga yang bertambah seri. I punya muka orang tegur makin berseri makin cerah makin flawless gitew. *Alhamdulillah. Orang cakap kalau mengandung anak perempuan muka hilang seri sebab anak ambil seri tu tapi I ada je berseri-seri hik.

Okay sebelum menjadi semakin riak, mari lah kita berkongsi.

Untuk penjagaan harian, I guna Babyface Skincare keluaran tempatan, Produk ni kakak ipar I yang buat. Mula-mula tu to be honest macam ragu-ragu jugak lah nak guna, lama terbiar dalam almari, tapi disebabkan orang dah kasi free pulak untuk jadi testimoni I try la jugak. Sebenarnya muka I banyak parut jerawat and jerawat pun sentiasa ada bertempek tapi lepas pakai produk ni Alhamdulillah la makin flawless husband pun tegur hee.




Cantik kan packaging and gambar dia.



Untuk rutin dia senang je, macam biasa kita basuh muka lepastu keringkan, keringkan dengan lembut jangan gosok ganas muka tu kita punya kulit lembut je kesian dia nanti sakit. Lepastu pakaikan krim malam dan serum. Tapi selepas 2 minggu, krim malam tu pakai 2 kali sahaja seminggu dan serum masih lagi pakai setiap siang dan malam. Krim siang tu pakai bila nak keluar jela sebab dia ada sunscreen tapi kalau nak pakai pun okay je. Hasilnya muka anda akan jadi seperti saya!


Inilah muka I yang sebenar heeeeee malu

Okay tak habis lagi ya. Satu lagi produk yang saya guna ialah untuk scrub dari The Body Shop

The Body Shop Tea Tree Squeaky Clean Scrub

Dulu pernah guna satu set tapi apakan daya tak jadi apa-apa, membazir je semua tu, penyudahnya guna lah produk ni.


Jadi berakhirlah cerita rutin penjagaan muka saya, jangan risau Insyaallah tiada efek apa-apa untuk kandungan.

p/s Kalau ada sesiapa yang berminat untuk beli pencuci muka Babyface tu boleh lah contact saya ya! Hee


Monday, 12 October 2015

Bajet table untuk keperluan baby

Hello Assalamualaikum,

so ini adalah bajet untuk baby, yang baru ibu siapkan, tak fully siap lagi sebab tak habis beli barang lagi. So far ini bajet yang memang sangat perlu sahaja, untuk 3 bulan pertama, and untuk anak first.

I buat dalam microsoft word je sebab senang


Maybe ni tak perfect lagi takpe benda boleh ubah je so takpayah serabut serabut kepala, now boleh shopping dengan aman dan damai. Sekian