Tuesday, 7 June 2016

Updated

Salam.

Hannah Yasmin dah 4 bulan setengah dah harini. Kejap je masa berlalu. Rasa macam baru je beranak semalam huhu. Hannah setakat ni perkembangan dia, erm Alhamdulillah sihat cuma haritu demam selesema tapi dah baik. Macam macam treatment buat. Mandi air lemon, stim, percussion, sonotron, penyudahnya letak krim herba tropika je atau tropika baby herbal cream yang famous ni. (i pun ada jual hehe).

Hannah setakat ni belum meniarap lagi, dia boleh nak meniarap tapi macam malas nak angkat punggung tu uhuk penat ibu tolak tau. Tapi Hannah semangat nak berdiri tu. Kalau dapat berdiri suka sangat. Lepastu nak jalan ke belakang, bukan ke depan. Alahai anak rebel betul hahaha. Takpela ibu redha je janji Hannah sihat.

Sekarang dah hari kedua puasa, Alhamdulillah even Hannah full df pun ibu tak rasa lapar gilo macam biasa. Itulah Tuhan tolong hamba Dia. Yang penting sahur makan nasi, kurma, susu kambing. Banyak orang share resipi blend susu dgn kurma tapi terima kasih i ni rajin gila pulak nak blend bagai. Kalau makan je kurma dengan susu sama je la dak huhu.

Terawih pun sendiri je kat rumah, takda rezeki lagi terawih jemaah. Takpelah, niat jaga anak pun dapat pahala 😊

Harap harap ibu dapat puasa penuh ya heee.

Friday, 22 April 2016

Diari si surirumah

Sampai bila lah asyik macam ni, kejap tulis kejap tak, entahlah, rasa macam malas dah nak menulis. Macamlah pernah rajin pun. Anyway, Hannah dah 3 bulan!

Saturday, 2 January 2016

Happy New Year!

Hi Assalamualaikum,

Now dah 38 minggu mengandung, masih menanti masa untuk bersalin, selalu pujuk budak ni keluar la keluarla dah tak sabar dah ni tapi dia hanya meronta-ronta je keluarnya taknak pun, tadi dah rasa sakit perut memulas macam nak berak pergi toilet takda apa-apa keluar, dah dekat dah kot. Ingat nak minum air zamzam tapi macam takut pulak huhu.


Azam tahun baru ni erm nak update blog selalu boleh tak, nak jadi isteri pujaan suami and ibu idola hehehe.

Now dekat kampung, so macam malas sikit nak update blog, bukan ada orang baca pun sobs, harap ada lah orang baca juga baru la semangat sikit nak menulisnya.