Zaman sekarang ni, kebanyakan dari kita masih ramai yang duduk di rumah flat, apartmen, kondo, rumah tinggi tinggi lah senang cerita. Rumah macam ni kita tahu keluasannya agak kurang berbanding rumah tanah, tapi redha jelah sebab itu je yang mampu.
TETAPI
Kita masih lagi mampu menghias atau mendeko rumah kita yang comel ni menjadi elegan, asalkan pandai. And di sini I nak share DIY tips or hacks untuk menjimatkan penggunaan ruang dan masih lagi nampak comel tapi realistik.
Kalau rumah ada kitchen kabinet kita boleh buat ruang untuk memotong, and lubang bawah tu terus masuk tong sampah! Bagus kan
Yang ni rasanya ramai yang main taruk je bersepah-sepah kan *saya lah tu tapi kita boleh kemaskan dengan buat macam ni.
Yang ni pun biasa ramai dah buat, letak barang-barang kotak-kotak tak pakai bawah katil, biasa orang letak hadiah kahwin dulu-dulu yang entah bila nak pakai *saya lagi
Sekarang kan dah ramai tukang kayu, kita upah je buat macam ni bagi je ukuran sofa kita tu. Kalau tumpah pun atas tu juga tapi kalau segelasnya tumpah Wallahu Alam lah ye
Yang ni antara favorite I sebab sangat praktikal, instead of cangkuk yang macam biasa tu tempat limited sikit ni boleh sangkut banyak-banyak sikit heee
And ni yang last. Letak meja makan dekat sudut atau tepi dinding, takyahla tiru sebulat bulat letak tepi tingkap okay
So itu je yang boleh share, banyak lagi sebenarnya, I pun tunggu bersalin habis pantang baru nak kerjakan rumah yang comel ni hehe.
No comments:
Post a Comment